Panduan Perjalanan ke Istanbul

Istanbul, ibu negara tiga buah empayar, merupakan tempat pertemuan pelbagai budaya selama berabad lamanya. Ia terletak di antara tujuh buah bukit, dua buah benua, dan dikurniakan Selat Bosforus. Bersedialah untuk merasai pelbagai bentuk pengalaman yang menakjubkan lagi unik. Selamat datang ke Istanbul.

cheap istanbul tips

Eminonu-Sultanahmed Regions;

Menurut Sejarah, Semenanjung Eminonu-Sultanahmed merupakan pusat semasa pemerintahan empayar Byzantine dan Uthmaniyyah. Oleh yang demikian, tarikan utama pelancong seperti Istana Topkapi, Hagia Sofia, Masjid Biru, Basilica Cistern (Tangki Air Basilica), Masjid Baru, Bazar Besar dan Bazar Rempah terletak di sekitar Eminonu dan Daerah Sultanahmed. Setiap tempat ini adalah berdekatan dan anda boleh berjalan kaki!

Istana Topkapi;

Mempunyai panorama terindah di Bosforus dan  didominasi oleh Tanduk Emas, Istana Topkapi merupakan tempat kediaman sultan-sultan bermula dari pemerintahan Sultan Mehmet Sang Penakluk (1465) sehinggalah Sultan Abdulmecid I (1856). Sekarang, istana ini menjadi tarikan utama pelancong sebagai muzium yang menempatkan pakaian, barang kemas, senjata, tembikar, pameran peninggalan suci (Islam) serta bahagian balai gundik yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Topkapi Palace from sea

Topkapi Palace main entranceTidak seperti istana-istana terkenal yang lain, anda dapat melihat kesederhanaan dan merasai ketenangan di Istana Topkapi. Secara umumnya, ia mempunyai empat pelan halaman asas, setiap halaman terbuka kepada yang lain. Istana ini telah dibangunkan selama 4 abad dengan pelbagai tambahan bangunan dan pengubahsuaian.  Ciri-ciri seni binanya banyak dipengaruhi oleh Kerajaan Uthmaniyyah dan juga para pemimpin dari Timur Tengah.

Pastikan untuk memberi diri anda masa yang cukup, sekurang-kurangnya separuh hari!

Topkapi palace pavilion

Hagia Sofia;

Salah satu bangunan yang paling mengkagumkan sepanjang abad iaitu Hagia Sofia merupakan tempat yang wajib dimasukkan di dalam senarai tempat lawatan bagi setiap pengembara.

Hagia sophia view

Hagia Sofia lebih dikenali sebagai Ayasofya oleh bangsa Turki, telah dibina pada 537 sehingga 1453 dan dijadikan sebagai gereja ortodoks, kekal sebagai tempat ibadat terbesar agama Kristian selama hampir seribu tahun. Tidak lama selepas penaklukan Istanbul, ia dijadikan masjid dengan penambahan empat menara. Walaupun terdapat banyak masjid di sekitarnya, Sultan-sultan yang pernah memerintah Turki dahulu memilih Hagia Sofia sebagai tempat solat Jumaat selama berabad lamanya. Walau bagaimanapun, pada tahun 1935, rejim baru Turki telah mengisytiharkan Hagia Sofia sebagai muzium disebabkan kepentingan sejarah dan nilai seni binanya yang tinggi.

Hagia Sophia inside

Semasa pembinaannya, Maharaja Justinian telah mengarahkan bahan-bahan binaan dan kepingan arkiteksur yang indah dibawa ke Istanbul dari tapak-tapak lama dan purba Empayar Bizantine, khususnya dari Anatolia, Syria dan Mesir. Pembinaan Hagia Sofia selesai dalam masa 6 tahun, satu tempoh yang sangat pendek untuk sebuah binaan bangunan megah yang dianggap sebagai karya seni bina terulung Bizantine.

Masjid Biru;

Masjid Biru, mendapat namanya melalui kepingan-kepingan jubin biru yang meliputi seluruh dindingnya. Dibina menghadap Hagia Sofia pada tahun 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad I. Masjid Biru sehingga kini masih lagi berperanan sebagai sebuah masjid dan menjadi salah sebuah binaan yang mesti dilawati di Istanbul.

Blue Mosque

Ciri-ciri seni binanya mencerminkan Empayar Bizantine dan idea para pemimpin Islam di Turki. Pada hari ini, ia dianggap sebagai masjid terakhir paling indah semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.

inside blue mosque

Nama Masjid Biru biasa disebut oleh orang Barat tetapi penduduk tempatan Turki tidak pernah memanggilnya dengan nama tersebut. Penduduk tempatan mengenalinya sebagai Camii Sultanahmed.

Basilica Cistern;

Basilica Cistern atau dalam Bahasa Melayunya Tangki Air Basilica merupakan tangki air terbesar di Istanbul, dibina pada kurun ke-6 sewaktu zaman kegemilangan Empayar Binzantine di bawah pemerintahan Maharaja Justinian. Air tersebut yang disimpan dalam Tangki Air Basilica dipindahkan dari Hutan Belgrade yang terletak kira-kira 19km dari pusat bandar.

cistern

basilica cistern interiorUntuk masuk ke dalam Basilica, anda perlu menuruni 52 anak tangga. Di situ terdapat jalan berkayu yang anda perlu lalui. Terdapat juga dua kepala Medusa misteri yang  digunakan sebagai mercu di bawah dua tiang di sebelah barat laut. Tidak diketahui dari mana tiang-tiang tersebut dipindahkan atau dibawa dan mengapa kedudukan salah satu darinya terbalik dan satu lagi mendatar. Pastikan anda tidak terlepas pandang dari sebatang tiang yang terletak di tengah-tengahnya. Ia menampilkan reka bentuk titik air mata yang unik!

New Valide Mosque (Masjid Baru);

Walaupun namanya ialah Masjid Baru, sebenarnya masjid ini tidaklah sebegitu “baru” selepas 350 tahun. Masjid Baru terletak di Eminonu, mengahadap Menara Galata dan Tanduk Emas. Lebih kecil dari Masjid Biru dan reka bentuk dalaman tidaklah sehebat Masjid Sulaiman tetapi masih berbaloi untuk dilawati.

galata bridge and new mosque

new mosque exterior

Bazar Rempah;

Bazar Rempah dibina pada 1660 dengan pendapatan dan cukai yang dikutip dari Negara Mesir. Justeru itu ia juga turut dikenali sebagai Bazar Mesir di kalangan masyarakat tempatan. Terletak bersebelahan dengan Masjid Baru, dahulunya bazar ini adalah sebahagian dari kawasan masjid. Hasil sewaan dari gerai-gerai digunakan untuk mengekalkan dan membaik pulih monumen masjid dan membantu kewangan bagi aktivti kebajikan.

spice bazaar inside

Pada hari ini, terdapat 85 buah gerai di bazar ini, kebanyakannya adalah gerai rempah ratus, tawar-menawar dalam pembelian adalah satu kemestian!

Bazar Besar;

Pada tahun 1455, dua tahun selepas penaklukan Istanbul (Constantinople), dengan arahan Sultan Muhammad II, pembinaan kayu Pasar Cevahir telah meningkatkan kapasiti perdagangan di Istanbul. Dengan penambahan dua lagi pasar di dalam tempoh dua abad, maka wujudlah Bazar Besar pada hari ini.

Grand Bazaar shops

Sejak berkurun lamanya Istanbul memainkan peranan penting sebagai tempat pertemuan para pedagang, dan kepentingan Istanbul semakin meningkat, sejajar dengan peluasan sempadan Empayar Uthmaniyyah. Pelbagai jenis barangan yang dijual di Bazar Besar semakin terkenal di pasaran Eropah.

grand bazaar street

Gerai-gerai yang biasanya menarik perhatian para pelancong tempatan dan luar negara adalah seperti gerai jubin berkualiti tinggi, tembikar, karpet, pakaian kulit, hookah, papan backgammon, rempah ratus dan banyak lagi.

Bosphors tourLawatan ke Bosforus;

Bosforus merupakan selat yang memisahkan bahagian Eropah dan Asia, menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara. Lawatan ke Bosforus membolehkan anda menyaksikan kekayaan seni bina Istanbul dalam tempoh beberapa jam. Secara peribadi, saya menyarankan agar tidak melabur banyak wang kepada syarikat-syarikat pelancongan yang ada di situ. Jeti Sehir Hatlari terletak di tengah-tengah, bersebelahan dengan stesen trem Eminonu dan Jambatan Galata. Terdapat dua pilihan di sini.

Bosphorus tour

*Kos lawatan penuh adalah sebanyak 25 TL, mengambil masa hampir satu hari suntuk. Bertolak sekali sehari, pada jam 10:30 sehingga jam 16:25

*Kos lawatan pendek berharga 12 TL, mengambil masa selama 2 jam sahaja. Bertolak 3 kali sehari, pada jam 13:00, 14:30 dan 15:30.

*Anda dipersilakan untuk mengunjungi laman sesawang rasmi bagi maklumat harga dan jadual terbaharu:  www.sehirhatlari.com.tr

Daerah Taksim, Galata dan Kabatas;

Taksim adalah pusat pengkomersialan Istanbul, Jalan Istiklal (Istiklal Street) yang terkenal menghubungkan Taksim Square dan Galata. Galata merupakan pusat kewangan ketika di hujung pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Berjalan di sepanjang tepi pantai selama 15 minit akan membawa anda ke Kabatas di mana Istana Dolmabahce telah dibina.

Galata and tower

Istana Dolmabahce;

Pembinaan Istana Dolmabahce bermula setelah Sultan Abdulmecit mendapati Istana Topkapi tidak dapat menampung keperluan di era baru. Tidak seperti Istana Topkapi, Istana Dolmabahce menampilkan pengaruh seni bina dari Eropah dan Empayar Uthmaniyyah. Keluarga diraja Turki mula berpindah ke istana ini pada tahun 1856.

Dolmabahce Palace fountain

Anda perlu mengambil pemandu pelancong untuk melawat Istana Dolmabahce. Lawatan penuh mengandungi dua segmen iaitu lawatan ke Selamlik dan Harem. Kedua-dua lawatan ini mengambil masa kurang dari dua jam. Anda akan dapat menyaksikan karpet tenunan tangan bersaiz besar, kandil kristal dan perhiasan yang diperbuat dari emas dengan butiran yang terperinci. Istana Dolmabahce mempunyai sebanyak 285 bilik. Pengambilan gambar di dalam istana adalah dilarang, jadi bukalah semua deria anda agar tidak terlepas apa-apa yang menarik.

Dolmabahce palace from court

Menara Galata;

Berusia 1500 tahun, Menara silinder Galata masih lagi mendominasi Istanbul sebagai monumen yang paling menyerlah. Apabila anda sampai di puncaknya, anda akan dapat menikmati panorama yang sangat indah. Jangan lupa untuk mengosongkan kad memori kamera anda untuk mengambil ratusan gambar!

what do we know about istanbul galata

Kepulauan Putera;

Gugusan Kepulauan Putera hanya mengambil masa yang singkat dengan menaiki feri dari bandar. Destinasi yang bagus untuk melepaskan diri dari hiruk pikuk dan pencemaran bandar. Gugusan pulau ini juga merupakan destinasi popular di kalangan penduduk tempatan khususnya sewaktu hujung minggu. Pulau-pulau utama akan menjadi lebih sesak dari bandar, jadi jika anda berpeluang melawat pulau, lawatilah sewaktu hari bekerja. Jika anda bercadang untuk tinggal di pulau pada hujung minggu, buatlah tempahan terlebih dahulu. Kenderaan milik persendirian tidak dibenarkan di pulau-pulau ini. Hanya basikal dan kereta kuda sahaja boleh didapati di situ.

main road in island

Syarikat Sehir Hatları memulakan perjalanan dengan bergerak keluar dari Kabatas dan berhenti di Kadikoy seterusnya menghala ke Kinaliada, Burgazada, Heybeliada dan Buyukada. Dari Kabatas ke perhentian terakhir Buyukada akan mengambil masa 1 jam 40 minit dengan tambang sebanyak 5 TL sehala (3,85 TL dengan Istanbulkart).

Dentur adalah sebuah lagi syarikat yang masuk ke gugusan Kepulauan Putera. Jetinya terletak di belakang stesen petrol di Kabatas, feri berhenti di Heybeliada dan Buyukada. Dari Kabatas ke Heybeliada mengambil masa 1 jam dan ke Buyukada 1 jam 15 minit. Harga tiket ialah sebanyak 6 TL sehala. Jika anda merancang untuk melawat Buyukada atau Heybeliada, Dentur adalah pilihan yang lebih cepat.

Bagaimana untuk ke pusat Istanbul?

Kebanyakan syarikat penerbangan utama berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Ataturk yang terletak kira-kira 20 km dari pusat bandar. Tambang teksi ke pusat bandar adalah sekitar 40 TL. Cara yang paling mudah dan murah adalah dengan menaiki bas Havatas yang disediakan oleh lapangan terbang. Bas syarikat Havatas bertolak setiap setengah jam dari seawal 4:00 pagi sehingga 24:00 tengah malam. Bas Havatas juga akan membawa anda ke Taksim dengan caj 10 TL sehala. Selain itu, anda juga boleh menaiki bas awam no 96T untuk ke Taksim dengan caj 5 TL.

Lapangan Terbang Sabiha Gokcen yang terletak di Anatolia, Istanbul pula lebih didominasi oleh penerbangan jenis tambang murah. Dari situ, terdapat dua cara untuk ke pusat bandar: bas Havatas menghubungkan Taksim dan lapangan terbang dengan caj 13 TL, dan mengambil masa 1 hingga ke 2 jam, bergantung pada kesibukan trafik. Bas syarikat Havatas juga bergerak ke Kadikoy, pusat pengangkutan utama di Anatolia. Anda boleh pergi ke pelbagai destinasi dengan menaiki feri dari Kadikoy. Pilihan lain ke Kadikoy adalah dengan menaiki bas awam E10 dari lapangan terbang Sabiha Gokcen. Jika anda mahu ke lapangan terbang ini dengan menaiki teksi dari Taksim, tambangnya boleh mencecah 80 TL. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda berunding terlebih dahulu sebelum menaiki teksi.

local bus

Dari terminal bas: Bas dan koc adalah kenderaan awam yang menghubungkan di antara satu bandar ke bandar yang lain. Stesen bas utama Istanbul terletak di Esenler, kira-kira 10km di sebelah barat pusat bandar. Anda boleh menaiki metro jalur M1 ke Aksaray, dan dari situ anda boleh menukar ke tram T1 untuk ke Sultanahmed, Eminonu atau Kabatas. Kebanyakan syarikat bas mempunyai stesen bas tersendiri, manakala perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) percuma mereka boleh membawa anda ke pelbagai destinasi.

E-Visa Turki;

Visa Elektronik (e-visa) Turki menggantikan pelekat visa lama sejak April 2013, jadi anda boleh mendapatkan visa untuk masuk ke Turki semasa ketibaan di negara ini. Sistem e-visa Turki yang baru mempunyai banyak kelebihan seperti harga yang lebih murah, tidak perlu beratur di lapangan terbang dan anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk mendapatkannya.

E-visa hanya sah untuk tujuan pelancongan atau komersial. Untuk mendapatkan permit kerja atau permit belajar, anda perlu pergi ke pejabat Konsul atau Kedutaan yang berdekatan.

Paspot anda mestilah sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh memasuki negara Turki. Bergantung kepada kewarganegaraan, terdapat kebarangkalian syarat-syarat tambahan akan dikenakan kepada anda. Syarat tambahan ini dapat dilihat sewaktu anda memohon e-visa Turki secara atas talian (online). Selain itu anda juga akan dapat melihat maklumat bayaran dan tempoh sah visa. Anda perlu membuat bayaran melalui Mastercard atau Visa. Setelah e-visa diproses, segala maklumat yang diberi tidak boleh diubah, jadi periksalah dengan teliti sebelum mengakhiri proses tersebut. Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan e-visa sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tiba di Turki.

Laman sesawang e-visa Turki: www.evisa.gov.tr

Pas Muzium;

Pas Muzium Istanbul melayakkan anda untuk mengakses kebanyakan muzium di seluruh bandar selama 3 hingga ke 5 hari.

Terdapat dua pilihan pas muzium, yang pertama sah untuk 3 hari dengan caj 85 TL. Ia merangkumi muzium-muzium dan istana-istana seperti Muzium Hagia Sofia, Muzium dan bahagian Harem Istana Topkapi, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Mozek Istanbul, Muzium Kesenian Turki dan Islam,  Muzium Sejarah Sains dan Teknologi Islam. Pilihan seterusnya berharga 115 TL dengan tempoh sah sehingga 5 hari. Tambahan bagi senarai muzium di atas, pas ini membenarkan anda memasuki Muzium Chora, Muzium Rumah Galata Mevlevi, Istana Yildiz, Muzium Rumeli Hisar, Muzium Pammakaristos(Fethiye) tanpa perlu membeli tiket atau beratur. Untuk kedua-dua pas, tempoh sah bermula pada hari pertama lawatan. Setiap pas hanya membenarkan satu kali lawatan bagi setiap muzium.

museum pass istanbul

Adalah perlu diingatkan bahawa Pas Muzium Istanbul tidak termasuk muzium-muzium terkenal Istana Dolmabahce dan Basilica Cistern.



Booking.com

Tags: ,

Leave A Reply

Your email address will not be published.